Friday, October 29, 2010

Jem~


ntahla..
aku serabut memikirkan apa yang aku telah lakukan dalam minggu ni...
nnti2 kalau aku rase rajin aku story la..
mesti korg xpcaye punye..
hahahahahaha....

Thursday, October 28, 2010

-Bosan-

Ingat ade blog best,
tp ade blog pun bosan.
huhuhu..
p/s: perlu cepat2 mendapatkan kerja, baru xbosan..

Monday, October 18, 2010

Alex McLeish si murai.

Salam.

Aku skrg agak bengang dengan kata Alex McLeish yang terang-terangan cube menutup aib tindakan pemainnya Martin Taylor yg berjaya menamatkan karier seorg Legend-to-be Arsenal, Eduardo.

Beliau mendakwa pemain Arsenal bermain kasar. Beliau(dia, aku dah xrespect McLeish ni dah) mendakwa tekel wilshere ke atas Gergasi ZigiC adelah kasar dan same dgn tekel martin taylor. Hello... adekah Zigic tersebut patah kakinya? tidak. Bahkan beliau terus bangkit menyambung perjuangan. Langsung xsama dgn tekel drpd taylor yang menyebabkan eduardo miss hampir 2 season dan arsenal miss kejuaraan liga. Eduardo sendiri akui kecederaan tersebut memberi impak negetif terhadap permainannya, dia mana beliau bermain dalam ketakutan dan gagal mengulangi prestasi cemerlang sepeti sebelum dicederakan.

Tidak cukup dengan itu, pengurus Birmingham bermulut longkang tersumbat itu mengutuk kekasaran yang dakwanya kad merah oleh Nasri. Ye, aku akui Nasri bersalah, tp xdela smpai kad merah. Lagi pun pemain birmingham itu yg memulakan provokasi dengan mengepit kaki nasri. nasri pulak terpaksa memijak pemain tersebut supaya kakinya dilepaskan kerana usahanya menarik kakinya semula gagal kerana dikepit kemas oleh pemain Birmingham itu.

Jadi Mc Leish, aku faham ko kecewa sangat kalah tapi janganlah terlalu menghukum wenger. Adekah wenger  sebut name pengurus birmingham ketika  eduardo dicederakan? Tidak. Cume beliau mahukan perlindungan kepada pemain2nya dan dia hanya bising2 kat FA, bukannye memberi serangan peribadi macam ko buat.

-maaf, post kali ini adelah emosi, sape2 yang xfaham abaikan je post ini-

Sunday, October 17, 2010

Barclays Premier League (BPL) memang kasar

Salam.

Di kala mat ezad menulis, mat ezad sebenarnye sedang menyaksikan aksi bakal penjaga gol arsenal yg bermain bagi sebuah kelab La Liga (liga Sepanyol).

Konon2 macam pencari bakat@scouting.

Tapi misi kali ini agak gagal kerana penjaga gol itu sgt bosan, xdpt sentuh bola pun kerana defendnya sgt mantap.

Di sini barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan Liga BPL sangat kasar.

SEBABNYA;

Tekel2 yg xmungkin dianggap foul bg BPL adelah merupakan kesalahan kad kuning bagi La Liga.

Contohnya apabila pertahanan melakukan slide tackle, walaupun tidak ada sentuhan, tetapi jika penyerang terjatuh akibat terjahan tersebut ia merupakan kesalahan kad kuning.

-macam ni lah lebih kurang, kalau si belang tu jatuh, maka kad kuninglah bagi si biru yg tgh baring-

Bukannye macam BPL, macam ni punye tekel cari gaduh pun xjugak dapat kad merah je.

Etuhu aka si baju belang: awek lu cun la, aku nak boleh? dah bosan nnti aku pas kat ko balik..
Barton aka si baju biru: celake lu, lahanat!!! amik ko!! Debuk2!! dan Debish!!

Kesimpulannye, aku selaku bekas pemain pertahanan di sebuah kelab terkemuka di Pulau Pinang menyeru semua pemain, tak kira pemain pertahanan ataupun penyerang agar tidak melakukan apa yg di panggil unnecessary challenge (terjahan tidak perlu). Adat permainanlah kalah menang, tp pergaduhan, pertumbukan, dan perkara2 yang menyebabkan kecederaan yang disengajakan bukanlah adat permainan. Itu taktik kotor namanya. Janganlah bertindak seperti encik di bawah yang sangat bersungguh2 dalam apa jua pekerjaannya.

 -Inilah yang dinamakan tekel terbang sambil bertapa-

-TaMaT-

Saturday, October 16, 2010

-Mood Minggu Ini-

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda cinta
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan 
apa yang 'kan terjadi
tak usah mengaturku


dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

kusarankan engkau mundur saja, ooo

(aku tengah bengang, jgn amik kisah sgt ok)

Friday, October 15, 2010

kini.

Dulu.

Aku tanpa tujuan hidup.

Hidupku sehari2 adalah untuk makan dan memberi itik 'ang' makan.

Segala2nya tentang makan.

Kini.

Hidupku bukan tentang makan lagi.


Kepada sesiapa yang sudah habis menonton season 1 & 2, kini season 3 sudah kuar.

Sgt best, berjaya memukau aku sejak episod 1 season 1 lagi (xcaye tnye dosh).

Kepada yang ingin menonton, belilah yang original. Sokonglah produk luar negara (xpatriotik lgsung aku ni).

-TAMAT-

Wednesday, October 13, 2010

Anak Yang Baik

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi. 

Ibu: Jadi? 

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya. 

Ibu: Awak anak yg baik. 
[Ibu mencium dahi anak nya] 

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu? 

Ibu: Siapa? 

Anak: Sayalah. 

Ibu: Cis

Gua Ajaib

NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN. 
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... 
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap 
kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah 
bapak dia.... 

" Pak, itu amenda pak?" 
Bapak di jawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...." 

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi 
kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk 
ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! 
keluarlah seorang awek yang punyalah cun cam LISA SURIHANI... 
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah... 

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, 
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!

Sengal punye pakar bahasa

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan 
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. 
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, 
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. 

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. 
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. 
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya 
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi 
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat. 

Gangster : Mana wang tu? 

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu... 
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." 

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan 
pistol ke arah kepala si bisu. 

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu... 

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan 
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk." 

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Lawak lagi

Telefon pertama

Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…



Telefon ke -2


Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)



Telefon ke -3

Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)


Telefon ke -4

Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Lawak today.

Mat dan Ali berkongsi satu rumah. Pada suatu petang, Ali yang tengah bosan pergi ke bilik Mat yang tengah terbongkang kat katilnya.


ALI: Mat,oo mat. Aku tengah bosan nie. kite lawan teka-teki nak?.'


Mat yang tengah indah mimpi terus terjaga.

MAT: Haargh..kacauler ko. Kalo bosan gie ler ngorat anak jiran sebelah tu. Janganler kacau aku

ALI: Ko gilerker. Anak jiran sebelah kiterkan baru 12 tahun.Hapalah ko nie. Dari ko meracau nie jom lawan teka teki ngan aku. Baru syok.

MAT: Taknak lah. Ngantuk ler doh..

ALI: Macam nielah. Kalau ko betul,aku kasi singit. Kalo ko tak dapat jawap ko kasi aku singit.

MAT: Tak nak...

ALI: Ok,kalo ko betul,ko dapat RM10,kalo ko tak dapat jawap ko kasi ak singit.

MAT: Nak aku cakap dalam slow motion ker?.TAAAAAAK NAAAAAAAK.....

ALI: Oh, jual mahal yer. Ok, kalo ko menang ko dapat RM50. Kalo kalah kasi singgit jer.

MAT: (fikir sejenak)yerler..hapa teka tekinyer.

ALI: macam nieler baru sporting.Ok,kenape penggali kubur kalo gali kubur tak pakai selipar?

Mat dengan malas fikir kasi seringit kat ali.

ALI: Ha..sebabnyer bile nak siap kubur kalau gali gune selipar.Ok,ko pulak.

MAT: Emmm,binatang ape kalau panjat pokok ada 4 kaki, bile turun ade 3 kaki?

ALI: Beruk pakai kaki palsu?

MAT: Salah

ALI: Monyet yang terpijak taik?

MAT: Salah


Lantas Ali pon sibuk ler memikirkan jawapannyer. 10 minit kemudian....

ALI: Mat, bangun mat. Jawapannyer beruk mutan kan???

MAT: Salah


Ali dah mati akal. Dengan berat hati pon ali kasiler RM50 kat mat.

ALI: Habis tu aper binatang yang panjat pokok kaki 4,turun kaki 3?

Mat kasi balik seringgit kat Ali.

Tuesday, October 12, 2010

Kini, dengan rasminya dibuka!!!!!!!

Salam..

Xde apepun nak ditulis sebenarnye.

Blog ini pun dibuat atas dasar mengisi masa yang SANGAT lapang.

Karya-karya (chewah, dah karya2 dah) yang bakal dimuatkan dlm blog ini lebih kepada isu2 semasa dan akan ade skit2 pasal peribadi.

Kesimpulannye, blog ni aku yang punye. Suka hati aku nak post ape. ok.

Semoga berbahagia.

Mat_ezad